Sabtu

Tarikh akhir ialah 2 Jun, bukan 1 Jun

Laporan The Star hari ini berkaitan dengan tarikh akhir untuk ahli Parlimen menghantar pertanyaan lisan/berjawab adalah tidak tepat. Laporan berita menyatakan tarikh akhir ialah 1 Jun 2008 sedangkan tarikh akhir yang tepat ialah 2 Jun 2008.

Meskipun perbezaannya cuma satu hari, jika tarikh akhir ialah 1 Jun 2008, ahli Parlimen yang belum menghantar pertanyaan lisan/berjawab akan gagal berbuat demikian kerana hari Ahad bukan hari bekerja.

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan tarikh akhir penghantaran pertanyaan lisan/berjawab sebagai 14 hari sebelum bermulanya mesyuarat Dewan Rakyat yang akan datang. Tetapi tempoh 14 hari ini hanya mengambil kira hari bekerja.

Setelah diberitahu tentang laporan The Star yang berkenaan pagi ini, saya telah menelefon Puan Roosme, Setiausaha Dewan Rakyat. Beliau sahkan bahawa laporan tersebut tidak tepat.

Rabu

wujudkah sosial kontrak di Malaysia?

Baru-baru ini Ungku Abdul Aziz semasa bercakap selaku salah seorang panelis forum ulangtahun ke-25 Dasar Pandang Ke Timur, menegaskan bahawa kontrak sosial itu merupakan satu fantasi yang diwujudkan oleh ahli-ahli politik bergantung kepada kepentingan mereka.

Sementara itu, Mavis Puthucheary dalam eseinya bertajuk "Malaysia’s Social Contract: The Invention and Historical Evolution of an Idea", juga mempertikaikan konsep sosial kontrak.

Esei ini selain terkandung dalam bukunya "Sharing the Nation: Faith, Difference, Power and the State 50 Years After Merdeka", juga terkandung dalam majalah Off The Edge keluaran Mac iaitu semasa kita menyaksikan pilihan raya umum ke-12 yang mencatat rekod baru dalam sejarah Malaysia.

Selasa

Ketuanan Melayu bukan milik UMNO

Undian Pembaca Harakah Daily yang berbunyi "Ketuanan Melayu bukan milik mutlak Umno dan sudah tidak relevan kepada Bangsa Melayu. Setuju atau Tidak?", mendapat jumlah pengundian sebanyak 10197 dalam tempoh 36 jam.

Yang menarik perhatian ialah, 86.5% daripada jumlah pengundian tersebut setuju bahawa Ketuanan Melayu bukan milik mutlak UMNO dan sudah tidak relevan kepada Bangsa Melayu.