Sabtu

Tarikh akhir ialah 2 Jun, bukan 1 Jun

Laporan The Star hari ini berkaitan dengan tarikh akhir untuk ahli Parlimen menghantar pertanyaan lisan/berjawab adalah tidak tepat. Laporan berita menyatakan tarikh akhir ialah 1 Jun 2008 sedangkan tarikh akhir yang tepat ialah 2 Jun 2008.

Meskipun perbezaannya cuma satu hari, jika tarikh akhir ialah 1 Jun 2008, ahli Parlimen yang belum menghantar pertanyaan lisan/berjawab akan gagal berbuat demikian kerana hari Ahad bukan hari bekerja.

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan tarikh akhir penghantaran pertanyaan lisan/berjawab sebagai 14 hari sebelum bermulanya mesyuarat Dewan Rakyat yang akan datang. Tetapi tempoh 14 hari ini hanya mengambil kira hari bekerja.

Setelah diberitahu tentang laporan The Star yang berkenaan pagi ini, saya telah menelefon Puan Roosme, Setiausaha Dewan Rakyat. Beliau sahkan bahawa laporan tersebut tidak tepat.

Tiada ulasan: